Dato’ Lim Khong Soon mempunyai pengalaman lebih daripada 20 tahun dalam industri acuan ketepatan, komponen elektronik, sianida kalium emas untuk industri penapisan emas. Dengan pembangunan bersama dengan Inochem dari Afrika Selatan sejak tahun 2000, beliau terlibat dalam pemulihan emas dan penapisan emas tulen daripada sisa elektronik, logam berharga dan barang kemas terpakai atau lama. Selain membekal emas kepada fabrikasi barang kemas dan berurusan dengan bank jongkong Australia, beliau telah memperkenalkan serta membangunkan suatu sistem integrasi untuk Perth Mint dalam menjalankan perniagaan dagangan emas dengan bank.
YBhg. Tan Sri Datuk Seri (Dr) Mazlan bin Lazim telah dilantik sebagai Pengerusi Quantum Metal Sdn Bhd bermula 16 Mei 2023.
Beliau merupakan Ahli Suruhanjaya Untuk Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Pengerusi Untuk PBLT Sdn Bhd (Syarikat Kementerian Kewangan). Beliau juga seorang profesional penguatkuasa undang-undang dan pemimpin yang amat dihormati dengan pengalaman yang meluas dalam bidang kepolisan negara Malaysia. Beliau telah berkhidmat dan berbakti dalam pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) selama 35 tahun.
YBhg. Tan Sri Datuk Seri (Dr) memulakan program latihan asas kepolisanya sebagai Kadet Asistan Superintenden Polis di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur pada tahun 1986. Sepanjang perkhidmatan beliau dengan PDRM, YBhg. Tan Sri Datuk Seri (Dr) telah memegang pelbagai jawatan kepimpinan di pelbagai negeri seluruh Malaysia, termasuk Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman (Sept 2020-Jun 2021), Ketua Polis Kuala Lumpur (Okt 2017- September 2020), Ketua Polis Kelantan (Julai 2016 – Jan 2017) dan sebagainya.
Beliau telah dilantik untuk memegang amanah sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada Jun 2021 sehigga Disember 2021 sebelum bersara wajib.
Sebagai pengiktirafan atas usaha dan sumbangan bakti yang tidak putus demi masyarakat dan negara, beliau telah dianugerahkan dengan pelbagai pingat dan anugerah, termasuk:
Haji Kamari Zaman bin Juhari merupakan Pengarah Bebas dan Bukan Eksekutif Permodalan BSN Berhad (“PBSNB’). Beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Pelaburan PBSNB. Sebelum ini, beliau memegang jawatan sebagai Pengerusi di Bank Persatuan dan berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Kewangan Pembangunan dan Usahawan di Bank Negara Malaysia (“BNM”). Jabatan Pembangunan Kewangan dan Perusahaan, BNM bertanggungjawab untuk memajukan pembangunan Institusi Kewangan Pembangunan yang mantap, progresif, dan mengembangkan PKS yang kompetitif dalam mencapai objektif sosio-ekonomi negara. Beliau mula berkhidmat dengan Bank Negara Malaysia pada tahun 1982 setelah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Sumber dari Universiti Putra Malaysia (‘UPM”). Beliau menerima Mason Fellowship selepas menamatkan pengajian beliau di peringkat Sarjana Pentadbiran Awam dari Harvard University pada tahun 1990.
Sekitar tahun 1992, beliau dilantik sebagai Ketua Unit Offshore di Labuan dan seterusnya pada tahun yang sama telah menyambung jawatan sebagai Ketua Pedagang Forex sehingga tahun 1996. Pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pengurus Besar di Lembaga Pembangunan Labuan sehingga tahun 1999 dan kemudian dilantik sebagai Pengarah Pembangunan, Jabatan Kewangan dan Perusahaan, Bank Negara Malaysia pada tahun 2008 sehingga bersara sebelum
Haji Jamal Mohamed Bin SMA Mohamed Mydin dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah untuk Quantum Metal Sdn Bhd pada 16 Mei 2023.
Tuan Haji Jamal Mohamed Bin SMA Mohamed Mydin merupakan
Penasihat Kanan Di WISE (World Integrated Supply Ecosystem Sdn
Bhd). Beliau ialah seorang ahli perniagaan yang berpengalaman dalam industri makanan dan teknologi, dengan pengalaman selama lebih daripada 25 tahun. Beliau adalah pemegang kelulusan Ijazah Am dalam erniagaan universiti.
Tuan Haji Jamal memegang beberapa jawatan di Pen Corp Berhad,
termasuk Pengarah Tidak Eksekutif Bebas, Pengerusi Jawatankuasa Audit, dan ahli kedua-dua Jawatankuasa Nominasi dan Pampasan.
Dato’ Seri Haji Hassan bin Haji Ahmad telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Syariah Quantum Metal Sdn Bhd mulai 1 Jun 2023.
Beliau memberikan sumbangan yang besar kepada sektor pendidikan, sebagai pensyarah di Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Yayasan Pengajian Tinggi Islam (YPTIK) Nilam Puri, Kelantan pada Julai 1977 hingga Mac 1981. Kemudian beliau bertugas sebagai Pensyarah Fakulti Syariah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dari April 1981 hingga Ogos 1997. Semasa berkhidmat di Universiti Malaya, beliau dilantik sebagai Timbalan Dekan Fakulti Syariah pada tahun 1990
hingga 1991, sebelum menjadi Dekan Fakulti pada tahun 1991 hingga 1992.
Beliau merupakan seorang bekas mufti di Malaysia yang memiliki
sejarah yang cemerlang. Beliau ialah seorang Mufti Kerajaan Pulau Pinang dari tahun 1997 sehingga 2014. Sepanjang bergelar mufti beliau turut menjadi Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (1997-2014), Ahli Majlis Penasihat Syariah untuk Bank Negara Malaysia (1997-2016), Perbankan Islam Maybank (1993-2004), Suruhanjaya Sekuriti (1998-2010) dan KFCH (MPS). Beliau juga dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji Lembaga Tabung Haji Malaysia-JAKIM (2000-2004).
Beliau telah menerbitkan empat buku dan kitab yang termasuk:
Beliau telah dianugerahi darjah kebesaran dan kurniaan berikut:
Cheah dilantik sebagai Penasihat Antarabangsa Korporat berkuatkuasa pada 1 Desember 2020. Beliau ialah seorang peguam senior dan mantan penggubal undang-undang dengan penglibatan profesional yang luas dalam perkongsian korporat global dan strategi eksekutif dengan pelbagai kerajaan pemerintah , syarikat penyenaraian awam, dan entiti sektor swasta. Beliau juga merupakan pengasas CKP&CO, sebuah firma guaman pada tahun 1999 dan AAA STRATEGIC pada tahun 2018, sebuah kumpulan konsultan global yang mmepunyai pengkhususan dalam pemerolehan, penggabungan, tenaga boleh diperbaharui, E-dagang, FinTech, dan Teknologi Buku Lejar Teragih. Senarai syarikat kerjasama beliau termasuk UnionPay International, China Consume Financial Holdings, China Peace Petroleum Pipeline Group, Enjoy TV Film Corp Malaysia, Jatayu Airlines Indonesia dan Unity Marketing Co Qatar. Beliau telah dianugerahkan Biasiswa Pascasiswazah Oxford Chevening yang berprestij oleh Kerajaan British dan juga mempunyai Ijazah Sarjana MSt (Oxon) di Universiti Oxford serta menghadiri Program Eksekutif Sekolah Perniagaan MIT Sloan yang mengkhusus dalam FinTech dan DLT.