Quantum Metal Malaysia

Soalan Lazim

Bagaimana kami boleh membantu?

Tentang Quantum Metal

Ya, semua produk Quantum Metal Sdn Bhd diaudit sepenuhnya, dikawal selia, diperakui dan diiktiraf oleh pelbagai pakar dan penasihat syariah dan Tawafuq yang dikawal selia oleh pihak pengawal selia.

QM akan terus mengkreditkan jumlah emas yang setara ke dalam akaun emas pelanggan setelah menerima pengesahan pembayaran. Emas fizikal akan disimpan melalui Perkhidmatan Global Brinks ('BRINKS') yang dikenali sebagai bilik kebal Pihak Ketiga. BRINKS ialah antara syarikat terkemuka di dunia. Tambahan pula, Pelanggan mempunyai kebebasan untuk mengeluarkan emas fizikal mereka daripada Akaun Penyimpanan Emas (GSA) pada bila-bila masa kecuali bagi produk GAE5X / GAE10X yang tertakluk pada pengeluaran selepas penyelesaian pembayaran penuh kepada QM dibuat. Permohonan boleh dilakukan dengan memilih 'Pengeluaran Fizikal' daripada akaun GSA

Syarikat yang berkelayakan dan berkemampuan dalam memenuhi model perniagaan QM dengan mengemukakan pelan perniagaan yang baik amat dialu-alukan untuk menyertai QM sebagai rakan kongsi dagangan. Sila hubungi talian bantuan ahli kami di talian 03-8605 3611 atau melalui emel di [email protected] atau melalui aplikasi live chat di laman web quantummetal.com & qbeb.org untuk maklumat lanjut.

Terdapat banyak versi produk yang berkaitan dengan Quantum Metal di pasaran adalah disebabkan oleh aktiviti pengiklanan dan pemasaran yang disiarkan oleh individu, syarikat, dan agensi yang bertauliah dan 'Tidak bertauliah' pada halaman media sosial seperti Facebook ,YouTube Instagram,Twitter dan lain-lain.

Individu, agensi atau syarikat yang bertauliah dirujuk sebagai Ahli Berdaftar Quantum Metal (Perunding'). Semua Perunding berdaftar diberikan tauliah melalui Kad Kuasa Keahlian. Pelanggan boleh mengesahkan Keahlian mereka melalui Kod Imbasan QR yang tersedia di profile media sosial mereka. Semua Perunding telah dinasihatkan untuk menjalankan aktiviti pengiklanan dan promosi produk QM mengikut garis panduan pemasaran QM yang ketat dan tertakluk kepada SOP kepada Terma dan Syarat (T&C) yang ditetapkan oleh pihak Pengurusan.

Walau bagaimanapun, individu, syarikat dan agensi yang 'Tidak bertauliah’ ialah mereka yang TIDAK berdaftar dengan Quantum Metal dan mereka TIDAK mewakili kami dalam apa jua cara untuk mengiklankan, mempromosi, memasarkan, dan menerbitkan produk QM atau bertindak bagi pihak Quantum Metal Sdn Bhd. Oleh itu, sebarang tindakan yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertauliah akan membawa kepada kekeliruan dan salah tafsir produk Quantum Metal. Sekiranya pelanggan menemui sebarang kenyataan palsu atau pengumuman yang mencurigakan di mana mana platform media sosial, sila hubungi talian khidmat pelanggan kami untuk melaporkan sebarang maklumat bagi tujuan siasatan dilakukan.

Kami amat mengalakkan dan menasihati orang ramai untuk melayari laman web rasmi Quantum Metal Sdn. Bhd. dan sila hubungi talian khidmat pelanggan kami di bawah untuk mendapatkan maklumat yang sah, tepat dan tulen berkenaan dengan produk, kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Quantum Metal.

Nombor Talian Khidmat Pelanggan (Msc) - 03-8605 3611

Emel rasmi Khidmat Pelanggan (Msc) – [email protected]

Laman Web Rasmi Quantum Metal - https://www.quantummetal.com/

Laman Web Rasmi Lembaga Quantum Bullion (QBEB) - https://qbeb.org/

Laman Facebook Rasmi Quantum Metal - https://www.facebook.com/QuantumMetalQM/

Latar belakang perniagaan Quantum Metal sebagai syarikat dagangan emas tidak memerlukan QM untuk mendaftar dibawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bank Negara Malaysia ('BNM') dimana ianya serupa seperti Tukang Emas. Walau bagaimanapun, keseluruhan aktiviti perniagaan jual beli Emas oleh Quantum Metal dipantau dan diaudit sepenuhnya oleh badan penasihat syariah dan Tawafuq

Shariah Compliance

Ya, produk Quantum Metal diaudit oleh Tawafuq Consultancy untuk lafaz Syariah di mana ia adalah pematuhan kepada Dokumen Polisi Syariah.

Beli dan Jual Emas

Keuntungan yang diperoleh daripada aktiviti perdagangan emas fizikal tidak dikenakan cukai

Tidak! Quantum Metal hanya terlibat dalam aktiviti perdagangan melalui pembelian dan penyimpanan emas fizikal sahaja.

Harga emas QM dikemaskini setiap hari mengikut kepada harga spot emas. Pelanggan boleh log masuk atau menyemak harga jongkon emas atau harga emas semasa seperti yang dipaparkan di laman web www.quantummetal.com untuk mendapatkan kemaskini harga emas harian.

Harga “spot” merujuk kepada kadar tetap antarabangsa untuk satu auns harga emas berdasarkan penawaran dan permintaan.

Harap maklum bahawa penggunaan Kad Kredit / Kad Debit tidak tersedia dalam masa terdekat. QM akan membuat pengumuman rasmi apabila pembayaran melalui Kad Kredit / Kad Debit telah tersedia. Pada masa ini, kami hanya menerima 'PayDirect – FPX', 'Direct Bank In' melalui perbankan dalam talian, 'Akaun Pembayaran' dalam Sistem Quantum Metal ('QMS') dan Pemindahan Telegraf ('TT') melalui bank berdaftar di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Ketulenan emas fizikal Quantum Metal yang ditawarkan adalah 999.9% ketulenan seperti yang termaktub Bullion Market Association (LBMA).

Pelanggan boleh membeli emas serendah RM10.00 ke dalam Akaun Simpanan Emas (GSA) dan tiada had pembelian maksimum

a. Purata kos yang ditunjukkan di laman web dikira dalam mata wang asas anda.
b. Kos purata hanya akan dikemas kini apabila terdapat deposit atau pemindahan dalam transaksi.
c. Formula purata kos transaksi deposit:
group- photo
d. Formula purata kos pemindahan dalam transaksi:
group-photo
e. Purata kos yang dipaparkan pada halaman utama GSA atau halaman log akaun emas anda ialah purata kos yang diperoleh daripada transaksi terakhir anda.

Emas Fizikal

Pertama, pelanggan perlu mengemukakan permintaan pengeluaran untuk 'Pengeluaran Fizikal' daripada Akaun Simpanan Emas QM mereka dan pelanggan akan menerima tarikh pengesahan untuk menuntut emas fizikal daripada pihak khidmat pelanggan Quantum Metal sebelum pelanggan boleh hadir ke cawangan Ar Rahnu TEKUN yang terpilih. Sila ambil maklum bahawa “walk-in” terus ke cawangan Ar Rahnu TEKUN tanpa pengesahan oleh pihak QM tidak akan dilayan.

Jika sekiranya anda tidak menerima sebarang pengesahan semasa menghantar permohonan 'Pengeluaran Fizikal', sila log masuk semula ke Akaun Simpanan Emas (GSA) dan semak sama ada maklumat peribadi anda (e-mel dan nombor telefon) telah dikemas kini. Kegagalan mengemaskini maklumat peribadi akan menyebabkan kelewatan pihak QM untuk memproses permohonan serta mengesahkan tarikh tuntutan emas fizikal. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk menghubungi Talian Khidmat Pelanggan QM melalui 03-8605 3611 atau emel kepada [email protected] untuk mendapatkan kemas kini dan maklumat terkini.

Tiada surcaj ke atas yuran yang perlu dibayar oleh pelanggan untuk pengeluaran emas fizikal di Ar Rahnu TEKUN.

Emas fizikal QM yang dikeluarkan dari Ar Rahnu TEKUN boleh digadai / dijual kembali kepada Quantum Metal pada bila-bila masa dengan kadar pulangan yang lebih tinggi dengan menghubungi Talian Khidmat Pelanggan QM: 03-86053611 / WhatsApp kami di 014-318 0237 untuk bantuan lanjut kami. Jika pelanggan memilih untuk menggadaikan emas fizikal kepada Ar Rahnu TEKUN, pelanggan tertakluk kepada kadar, prosedur, terma dan syarat Ar Rahnu TEKUN. Sila berhubung terus dengan Ar Rahnu TEKUN mengenai perkara ini.

Ya, pengeluaran fizikal yang dituntut di Ar Rahnu akan dijual di Ar Rahnu TEKUN. Kadar adalah tertakluk kepada Ar Rahnu TEKUN. Tertakluk kepada Terma dan Syarat oleh Ar Rahnu TEKUN.

Sila hubungi talian am Ar Rahnu TEKUN di: 03-9059 8888

Atas faktor keselamatan, emas fizikal QM hanya boleh dikeluarkan dan dituntut oleh pelanggan yang sama yang telah memohon untuk pengeluaran emas fizikal daripada Akaun Simpanan Emas (GSA) mereka. Pihak ketiga atau mana-mana pihak lain adalah dilarang sama sekali untuk menuntut emas fizikal bagi pihak pelanggan yang dimaksudkan.

Tidak, anda tidak dibenarkan menukar denominasi dan/atau kuantiti emas fizikal yang akan dikeluarkan selepas mengemukakan permohonan melalui sistem untuk pengeluaran emas fizikal.

Tidak, pertukaran pusat Ar Rahnu TEKUN untuk pengeluaran emas fizikal QM ke lokasi / pusat lain tidak dibenarkan setelah permohonan tersebut telah dikemukakan dalam sistem.

Pegawai Khidmat Pelanggan QM akan menghubungi anda sebaik sahaja emas fizikal anda sedia untuk dituntut di cawangan Ar Rahnu TEKUN dalam tempoh lima (5) hingga sepuluh (10) hari dari tarikh kutipan (Nota: Tertakluk kepada ketersediaan stok).

Anda mesti menuntut emas fizikal anda dalam tempoh lima belas (15) hari bekerja selepas pengesahan tarikh tuntutan diberikan oleh QM. Sebagai sebahagian daripada komitmen perkhidmatan kami, Pegawai Perkhidmatan Pelanggan QM akan menghubungi anda untuk mengingatkan anda jika tiada tuntutan dilakukan. Walau bagaimanapun, jika emas fizikal tersebut masih tidak dituntut oleh pelanggan, Quantum Metal berhak untuk menjual semula emas fizikal yang tidak dituntut pada hari bekerja ke-20. Sukacita dimaklumkan bahawa penjualan semula emas fizikal kepada QM adalah bersandarkan nilai emas pada hari bekerja ke-20 berpandukan 'Harga Beli' QM. Jumlah emas yang setara dengan emas fizikal tersebut akan dikreditkan semula ke Akaun Simpanan Emas (GSA) pelanggan pada hari transaksi yang sama.

Ya, anda boleh memohon pembatalan permohonan emas fizikal yang dihantar melalui sistem dengan menghubungi Pegawai Khidmat Pelanggan QM: 03-8605 3611 atau emel ke [email protected] dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh transaksi. Sukacita dimaklumkan bahawa permintaan pembatalan tersebut akan dianggap dan dinyatakan sebagai tiada tuntutan di mana Quantum Metal berhak untuk melakukan 'penjualan semula' emas fizikal tersebut. Penjualan emas fizikal akan berdasarkan nilai harga emas kadar 'Harga Beli' QM yang diurusniagakan pada hari bekerja. Jumlah emas yang setara dengan emas fizikal tersebut akan dikreditkan semula ke Akaun Simpanan Emas (GSA) pelanggan pada hari transaksi yang sama.

GAE

Tidak. Berdasarkan kepada pengumuman QM yang dibuat pada 1 Julai 2020 dan 28 Julai 2021, Pembeli TIDAK perlu 'Top UP' Panggilan Margin (margin call) atau membuat sebarang pembayaran tambahan kepada QM jika emas yang dibeli menunjukkan penurunan harga di bawah lapan peratus (8%). QM akan TIDAK akan menamatkan GAE Pembeli dan tidak akan ada 'Force Selling'. Pembeli dibenarkan menyimpan pegangan aset emas mereka pada bila-bila masa sehingga nilai emas meningkat untuk memperoleh keuntungan. Oleh itu, Pembeli mempunyai hak pegangan 100% ke atas jumlah emas yang dibeli yang telah dikreditkan ke dalam GAE 5X / 10X mereka. Penamatan Kontrak sepenuhnya adalah di bawah budi bicara pilihan pembeli sendiri sama ada untuk menyimpan atau menjual pegangan emas mereka.

Pembelian siri produk GAE 5X / 10X daripada Quantum Metal diberikan atas dasar perjanjian untuk menyelesaikan jumlah tertunggak dan BUKAN sebagai pinjaman kepada pelanggan. Nilai belian atas jumlah emas akan dikreditkan terus ke dalam GAE 5X / 10X Pembeli masing-masing untuk memenuhi pematuhan Syariah apabila menerima pembayaran oleh QM. Pembeli mempunyai 100% pegangan jumlah tersebut dan boleh menjualnya pada bila-bila masa yang diinginkan.

AKAUN

Rujukan diperlukan untuk mendaftar akaun dengan Quantum Metal. Keutamaan bagi anda untuk mendaftar melalui seseorang yang sudah menjadi ahli supaya beliau dapat memberikan maklumat yang diperlukan serta pautan pendaftaran "Register Link" untuk mendaftar akaun dengan Quantum Metal.

Pendaftaran Akaun Simpanan Emas QM adalah Percuma (FOC).

MALAYSIA
Berikut adalah kriteria pendaftaran Akaun Penyimpanan Emas dengan QM:
i) Berumur 18 tahun ke atas;
ii) Pemegang MyKad bagi warganegara Malaysia dengan akaun bank berdaftar di Malaysia.
iii) Warganegara bukan Malaysia yang tinggal di Malaysia dengan pasport dan visa sah serta akaun bank Malaysia yang diiktiraf.

NEGARA-NEGARA LAIN
Berikut adalah kriteria pendaftaran Akaun Penyimpanan Emas dengan QM untuk negara lain:
i) Berumur 18 tahun ke atas;
ii) Pasport yang sah atau Kad Pengenalan Kebangsaan mereka dengan akaun bank yang terdaftar di negara tempat tinggal mereka.

Ya. Mana-mana syarikat yang berdaftar dengan SSM dibenarkan membuka Akaun Simpanan Emas dengan QM tertakluk kepada terma dan syarat. Sila hubungi No. Talian Khidmat Pelanggan QM: 03- 8605 3611 atau emel ke [email protected] untuk maklumat lanjut.

Semakan Kenali Pelanggan Anda (KYC) adalah penting untuk memastikan butiran peribadi Pelanggan seperti NRIC atau nama Pasport dan rekod Akaun Bank adalah tepat dan benar seperti maklumat yang dimasukkan ke dalam sistem QM. Selepas pengesahan dan pendaftaran KYC selesai, Akaun Simpanan Emas anda akan kekal aktif walaupun tiada transaksi sehingga permintaan penamatan akaun diserahkan kepada QM.

Ya, anda boleh menukar kata laluan dengan memilih pilihan 'Lupa Kata Laluan' pada halaman log masuk utama QM.

Jika anda tidak dapat log masuk ke Akaun Simpanan Emas anda, anda boleh meminta untuk menetapkan semula atau ‘menyahkunci’ dengan menghubungi Talian Khidmat Pelanggan QM: 03-8605 3611 atau emel ke [email protected] untuk bantuan.

Sila muat naik salinan Kad Pengenalan / Passport anda mengikut dengan mengikut kepada Peraturan Keperluan Muat Naik ID Kebangsaan https://quantummetal.com.my/wp-content/uploads/2022/03/National-ID-Upload-Requirement-ms.pdf apabila mengaktifkan akaun anda.

Tidak. Penggunaan nama Quantum Metal, logo serta logo rakan niaga seperti AFFIN Bank, Bank MUAMALAT, TAWAFUQ, BRINKS, MYANGKASA dan lain-lain dalam brosur atau video anda pada platform media sosial peribadi untuk tujuan pengiklanan dan promosi adalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI mengikut Terma & Syarat (T&C), Prosedur Operasi Standard (SOP) serta garis panduan Kod Etika Ahli yang ditetapkan oleh Pengurusan.

Adalah dimaklumkan bahawa, jika pihak Pengurusan Quantum Metal mendapati sebarang penyalahgunaan maklumat tersebut atau menerima sebarang aduan daripada Orang Awam atau Ahli QM yang berdaftar, atau lain-lain akan menyebabkan akaun emas ahli ditamatkan/ dinyahaktifkan.

Bagi mereka yang berusia bawah 18 tahun, ibu bapa perlu mengemukakan sijil kelahiran anak (sebagai bukti hubungan), mengisi borang dan satu permohonan hanya untuk satu anak sahaja. Ibu bapa perlu membuat alamat e-mel baru untuk mendaftar akaun junior dengan Quantum Metal.

Ya. Pemegang akaun Quantum Metal boleh menamakan waris “benefisiari” mereka dalam senarai waris “Benefisiari” atau memilih pilihan lain yang tersedia dengan mengklik butang 'Estate'.

Mereka yang ingin menukar daripada Akaun Junior kepada Akaun Individu perlu menghantar e-mel kepada [email protected] dan melampirkan Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan untuk meminta pemindahan semua aset ke dalam akaun individu dan menutupkan akaun Junior.

AMLA

Berikut adalah langkah-langkah yang diambil oleh Quantum Metal selaras dengan keperluan AMLA:

i) egawai pematuhan AMLA telah dilantik oleh QM untuk memastikan semua aktiviti dan kemudahan yang ditawarkan oleh Quantum Metal adalah mengikut dan memenuhi pematuhan AMLA.

ii) Quantum Metal menjalankan tindakan wajar ke atas semua transaksi pelanggan dari masa ke semasa di mana semua hendaklah memenuhi terma dan peraturan AMLA.

iii) Quantum Metal menghantar Laporan Pematuhan Data ('DCR') yang komprehensif setiap tahun selaras dengan arahan dan kriteria yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia ('BNM'). Ini adalah salah satu cara untuk Quantum Metal melakukan risiko penilaian kendiri dan kelemahan untuk membendung aktiviti pengubahan wang haram serta pembiayaan untuk tujuan keganasan. Selain mewujudkan kepercayaan dan keyakinan pelanggan, ini merupakan ukuran dan amalan penting bagi Quantum Metal untuk mengenal pasti sebarang potensi ancaman serta merapatkan jurang bagi mematuhi keperluan Pencegahan Pengubahan Wang Haram / Counter Financing of Terrorism ('AML / CFT').

Consultant

Program Perunding Quantum Metal terbuka kepada semua ahli yang berdaftar. Untuk maklumat lanjut berkenaan kelayakan menjadi seorang perunding sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan kami (Msc) di talian 03-8605 3611 atau emel ke [email protected] untuk maklumat lanjut.

Untuk perkara berkaitan Program Eksekutif Emas (GEP) sila layari https://www.qbebcoe.com/ untuk mengetahui maklumat lanjut.

Support

Sila hubungi atau WhatsApp kami atau layari pautan QM di:
No. Talian Perkhidmatan Pelanggan QM: 03-8605 3611
QM WhatsApp No.: 014-318 0237
QM Laman web rasmi: www.quantummetal.com

Waktu operasi perniagaan QM adalah dari 9 pagi - 5 petang dari Isnin hingga Jumaat. Pejabat QM ditutup pada hujung minggu (Sabtu & Ahad) dan pada Cuti Umum Tahun Kalendar Malaysia.